Tuesday, January 26, 2010

SELAMAT DATANG

Kelab Kebajikan Guru dan Kakitangan SMKSS mengucapkan selamat datang dan selamat berkhidmat di sekolah ini kepada guru-guru baru 2010.

SESI PAGI
1. Nor Afza bt Ayob
2. Nor Azreen bt Harun
3. Sabarina bt Omar
4. Asiah bt Noya
5. Rohaiza bt Osman
6. Khuzaimah bt Suhaimi
7. Winny bt Abdul
8. Rumaizah bt Muhammad

GSTT
1. Nor Akmal bt Adam
2. Naimah bt Halim
3.Norshariza Mohamad @ Deraman
4. Sabariah bt Ngah
5. Siti Aida bt Ahmad

SESI PETANG
1. Wan Safla bt Wan Hamzah
2. Noorazilah bt Ishak
3. Siti Zubaidah bt Salim

GSTT
1. Darwis b. Yappa
2. Firdaus b. Fauzi
3. Siti Aini bt Safuan
4. Mohd Syadidie b. Ramli
5. Mohd Fauzli b. Md Nor
6. Nor Hanizan bt Mat Nawi

GURU PRAKTIKAL
1. Cik Sarinah bt Che Man
2. Sahrum bt Abu Hassan
3. Sahrinah bt Emin

TAKZIAH

Salam Takziah diucapkan kepada En. Ahmad Zaki sekeluarga di atas pemergian ayahanda beliau ke RahmatuLLah pada hari Jumaat 22 Januari 2010. Semoga rohnya dimasukkan bersama orang-orang mukmin.

Al-Fatihah.

Sunday, January 17, 2010

sifat kita

Sifat dan Kualiti Pada Setiap Guru:

1. Baik Hati: Sikap baik hati dan timbang rasa seseorang guru amat dihargai oleh pelajar-pelajar kerana mereka akan belajar dalam suasana yang tenteram, yakin dan senang hati.

2. Jenaka: Sifat jenaka seseorang guru akan membawa suasana riang gembira kepada pelajar-pelajar dalam kelas. Guru yang suka berjenaka adalah guru yang suka didekati oleh muridnya.

3. Sabar: Seseorang guru yang mempunyai sifat sabar adalah guru yang boleh mengawal perasaan diri. Guru yang bersabar akan dapat menjalin perhubungan yang erat dengan pelajar-pelajarnya.

4. Bertanggungjawab: Sifat bertanggungjawab akan sentiasa mendorong guru mementingkan tugas yang telah diamanahkan kepadanya. Beliau juga akan sentiasa berusaha menjalankan tugasnya dengan sempurna.

5. Yakin: Guru yang mempunyai sifat yakin tidak akan merasa takut apabila perlu membuat sesuatu tindakan atau keputusan. Pelajar-pelajar akan lebih menghormati guru yang boleh mengambil tindakan dengan tegas.

6. Kepimpinan: Pelajar-pelajar akan mematuhi segala tunjuk ajar dan arahan guru yang mewarisi sifat kepimpinan dan juga kualiti kepimpinan. Dengan kualiti kepimpinan ini, segala aktiviti pembelajaran akan dapat dijalankan dengan licin dan lebih berkesan.

Selain itu, mengikut Nilai-nilai Keguruan, kualiti peribadi seseorang guru merangkumi sifat mesra, adil, luwes, kecindan, tegas, berdedikasi, berwibawa dan bertoleransi.

Sekian untuk ingatan kita semua.

penstrukturan semula meja guru

Tahniah, syabas dan terima kasih kepada semua rakan guru yang telah bekerjasama menyusun meja mengikut pelan kedudukan yang telah dipersetujui dalam mesyuarat JK Kelab.

"Sepakat Membawa Berkat"

blog tentang kita

Syukur Al-hamdulillah, tahun 2010 ini Kelab Kebajikan Guru dan Kakitangan SMK Seri Serdang mengorak langkah menggunakanICT bagi tujuan berkongsi maklumat, idea, makluman terkini dan dokumentasi semasa berkenaan aktiviti guru-guru dan staff smkss.

Kepada rakan-rakan yg ingin berkongsi cerita, pengalaman, tips mahupun gambar foto atau video boleh hantar kepada AJK kelab atau emel kepada staffsmkss@gmail.com atau wakliem@yahoo.com.my

jasamu dihargai





kalau kita di seri serdang, apa yg pelajar beri ya?

Thursday, January 14, 2010

buat semua guru smkss

Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum manjadi dewasa.

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa saja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.

Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulang ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.

Nukilan SN Dato Usman Awang