Sunday, January 17, 2010

sifat kita

Sifat dan Kualiti Pada Setiap Guru:

1. Baik Hati: Sikap baik hati dan timbang rasa seseorang guru amat dihargai oleh pelajar-pelajar kerana mereka akan belajar dalam suasana yang tenteram, yakin dan senang hati.

2. Jenaka: Sifat jenaka seseorang guru akan membawa suasana riang gembira kepada pelajar-pelajar dalam kelas. Guru yang suka berjenaka adalah guru yang suka didekati oleh muridnya.

3. Sabar: Seseorang guru yang mempunyai sifat sabar adalah guru yang boleh mengawal perasaan diri. Guru yang bersabar akan dapat menjalin perhubungan yang erat dengan pelajar-pelajarnya.

4. Bertanggungjawab: Sifat bertanggungjawab akan sentiasa mendorong guru mementingkan tugas yang telah diamanahkan kepadanya. Beliau juga akan sentiasa berusaha menjalankan tugasnya dengan sempurna.

5. Yakin: Guru yang mempunyai sifat yakin tidak akan merasa takut apabila perlu membuat sesuatu tindakan atau keputusan. Pelajar-pelajar akan lebih menghormati guru yang boleh mengambil tindakan dengan tegas.

6. Kepimpinan: Pelajar-pelajar akan mematuhi segala tunjuk ajar dan arahan guru yang mewarisi sifat kepimpinan dan juga kualiti kepimpinan. Dengan kualiti kepimpinan ini, segala aktiviti pembelajaran akan dapat dijalankan dengan licin dan lebih berkesan.

Selain itu, mengikut Nilai-nilai Keguruan, kualiti peribadi seseorang guru merangkumi sifat mesra, adil, luwes, kecindan, tegas, berdedikasi, berwibawa dan bertoleransi.

Sekian untuk ingatan kita semua.

No comments:

Post a Comment